Saturday, October 03, 2009
Sunday, July 05, 2009
Friday, June 12, 2009
Tazkirah Buat Kau & Aku
baru2 ney saya terbaca blog ustaz dan saya tertarik dengan isi dan maklumat yang ustaz masukkan dalam blog ustaz... lebih2 lagi mengenai TAUBAT. Dengan alamat email yang ustaz tinggalkan dalam laman blog, saya tidak mensia2kannya untuk berhubung dengan ustaz dengan harapan ustaz dapat membantu saya dalam mengecapi keredhaanNYA...biarlah saya menceritakan serba sedikit mengenai masalah saya, saya boleh dikatakan sejak kecil saya begitu rapat dengan agama..dalam erti kata saya lebih tertumpu kepada mengamalkan sifat mahmudah.. saya banyak membaca buku2 ilmiah, kisah2 nabi, tidak hairanlah pelajaran pendidikan islam saya lebih bagus berbanding mata pelajaran yang lain..Namun begitu, dengan usia yang semakin meningkat remaja... saya telah hanyut dengan pelbagai aktiviti yang kurang sihat. Saya bergaul dengan kawan2 yang kaki botol,kaki lepak.. saya juga pernah terlanjur dengan bekas teman lelaki saya. saya tidak nafikan semua yang berlaku serba sedikit berkait rapat dengan masalah keluarga saya.. tekanan itulah yang mendorong saya melakukan aktiviti tersebut..2 tahun sudah berlalu, kini saya kembali pada jalan Allah s.w.t. alhamdullilah... saya banyak memperbaiki dan menginsafi diri.. berzikir, membaca Al-Quran, solat tahajjud,berpuasa.. namun begitu saya masih di selubungi keluarga yang bermasalah.. semua itu benar2 menguji kesabaran saya, saya bimbang saya akan terjerumus pada aktiviti lama saya..
ustaz, adakah taubat saya diterima Allah s.w.t ? bagaimana caranya saya menangani masalah keluarga saya yang selalu menyalahkan diri saya. Baik yang saya lakukan buruk juga di pandangan mereka...saya sedar semua ini dugaan dariNYA.. menduga keimanan serta kesabaran yang ada pada diri saya.. mungkin ini tanda kasih sayangNYA pada saya mengajak saya agar lebih dekat denganNYA...saya berharap ustaz dapat menasihati saya dan beri sedikit tips agar saya terus berada di jalanNYA.. Tidak pula jauh dariNYA.. semoga ada ilmu yang boleh dikongsi bersama untuk bekalan kita di akhirat sana. AMIN YA RABBAL ALAMIN.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Firman Allah SWT: "Dan berilah peringatan, maka sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang2 yang beriman". InsyaAllah.
Pertama sekali saya ucapkan tahniah kerana saudari kerana telah kembali ke pangkal jalan. Bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat nasuha. Dengan harapan Allah SWT mengampunkan segala dosa, maksiat, dan kesilapan yang telah dilakukan masa lalu. Bertaubatlah! kerana ajal kita tidak mengenal waktu dan tempat.
Sebelum ini saya ada menulis didalam blog artikel tentang taubat, syarat2 yang perlu ada bagi seseorang yang ingin bertaubat dengan taubat nasuha dan kembali kepada Allah. Antaranya:
1) Bersegera meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat tersebut.
2) Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
4) Mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi atau memohon kemaafan darinya.
5) Cuba Mendapatkan kembali hak-hak Allah swt (cth: zakat, solat, dsb.) yang telah di tingalkan sebelumnya (sekiranya boleh).
6) Mencari sahabat-sahabat yang soleh yang mampu membimbing dan membantu supaya dia sentiasa mengingati Allah dan tidak kembali kepada kemaksiatan.
Syarat2 taubat diatas adalah antara perkara2 pokok yang telah digariskan oleh para ulama' dalam usaha kita untuk kembali kepada Allah SWT selain kita ikhlas dan yakin dengan maghfirah dan rahmat dari Allah SWT.
Saya yakin dan saudari mesti yakin bahawa Allah menerima taubat saudari kerana Allah SWT sangat suka hamba2nya yang bertaubat, yang berharap hanya kepada-Nya dan datang meminta kepada-Nya. Yakinlah sekiranya kita dekat dengan Allah....maka Allah itu lebih dekat lagi dengan kita. Allah mampu menghapuskan dosa hamba2nya sekelip mata sahaja. semuanya adalah dibawah kekuasaan Allah SWT. Pokoknya adalah keikhlasan kita.
Sentiasalah tanamkan dalam diri, perasaan takut dan benci untuk kembali kepada kemaksiatan, takut akan azab dari Allah SWT. Sentiasalah mengadukan hati yang gundah dan harapan kepada-Nya dengan berdoa, berzikir, bermunajat, dan bermuhasabah.
Carilah kawan2 yang baik yang boleh membantu usaha saudari untuk berubah. Sudi mendengar masalah. Sudi menegur dan memberi nasihat. Mengajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar.
Faktor kawan adalah antara faktor yang besar dalam mencorak akhlak dan peribadi kita. Terutama golongan remaja. Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Manusia mengikut agama kawannya" (Riwayat At-Tirmizi). Maka Berhati-hatilah ketika memilih kawan. Jauhi daripada kawan2 yang boleh menyebabkan kita kembali kepada kemaksiatan. kerana kita tidak tahu sejauh mana kekuatan dan keteguhan iman kita dalam menghadapi godaan dan cabaran. Yang memungkinkan kita kembali kepada kemaksiatan.
Jangan tinggalkan solat dan solat di awal waktu, tutup aurat, tambah amalan2 sunat, rajin puasa sunat, dan jaga hubungan dengan sesama manusia (keluarga, kawan2, dsb.)
Akhir sekali nasihat saya. Bertaqwalah kepada Allah! takutlah akan Dia dan ingatlah bahawa Allah sentiasa memerhatikan gerak geri kita. Sehinggalah akhirnya kita semua akan dipanggil kelak menghadapnya. Tahniah sekali lagi! Moga Allah bantu anda menjadi muslimah yang baik di dunia dan di akhirat. Amin.
Semoga yang sedikit ini memberi manfaat. Buat saudari. Buat saya juga!!
Wednesday, June 03, 2009
Berdepan Dengan Pilihan???
Semalam seorang adik Johor, Hanif Nordin, pelajar tamhidi (matrikulasi Al-Azhar) berangkat pulang ke tanah air setelah hampir setahun bermastautin di bumi Mesir. Sayang seribu kali sayang. Belum sempat digilap sudah berkelana pergi. Terbelenggu dengan beberapa masalah dan terbeban dengan pilihan dalam pengajian membuatkan beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Mesir dan menyambung pengajian di Malaysia. 'Ala kulli hal semoga ia adalah pilihan yang terbaik buatnya.
Pesan abang agar teruskan perjuanganmu menuntut ilmu Allah di bumi Malaysia. Jangan bersedih dan bersusah hati. Kuatkan tekad dan semangat, yakin dengan diri, dan yang paling utama jangan berputus asa. Moga2 Allah iringi perjalanan enta dan permudahkan segala urusan. Moga2 kelak kita berjumpa di medan yang sama. InsyaAllah.
Satu
Pertengahan Julai 2005 menyaksikan kemasukan pelajar-pelajar baru ke universiti-universiti tempatan. Aku terpilih untuk menyambung pengajian dalam jurusan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Ramai juga kenalan seangkatan di Maahad daftar bersama. Mendaftar diri sebagai mahasiswa baru. Mendaftar diri sebagai penghuni kolej. Berkenalan dengan rakan2 baru. Melayu, Cina, India. Ah! rindunya saat2 itu.
Sebulan pertama aku isi sepenuhnya. Jadual harian padat dengan aktiviti. Boleh dikatakan terlalu banyak program yang aku cuba ikuti. Maklumlah... mahasiswa baru. Masih hangat2. Perasaan ghairah dan tamak itu akhirnya memakan diri. Hampir aku mengeluh saban hari. Manakan tidak? Aku join 3 usrah (berlainan), 1 tamrin, 2 persatuan martial art, 2 kelab seni, 2 persatuan islam, dan 1 persatuan anak negeri, selain aktif di kolej dan fakulti.
Sebulan seterusnya aku mula belajar menikmati arus kehidupan di kampus. Aku saring keperluan diri satu persatu. Mana yang perlu dan mana yang tidak. Berimamkan naqib di kolej, aku dipimpin membawa hala tuju diri. Mengajar aku erti ukhwah dan berkasih sayang. Mengajar aku erti berjuang untuk islam.
Monday, May 25, 2009
Berseorangan Atau Berorganisasi?
Ulama' Islam telah bersepakat bahawa tugas melaksanakan dakwah adalah diwajibkan ke atas setiap individu mukallaf yang beriman, termasuk wanita, hamba sahaya, dan orang-orang yang fasiq. Ketetapan ini berdasarkan beberapa dalil yang sahih.Sabda Rasulullah s.a.w: " Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya. Jika tidak mampu maka hendaklah dicegah dengan lisannya. Jika tidak mampu maka hendaklah dicegah dengan hatinya. Dan mencegah dengan hati itu adalah selemah-lemah tingkatan iman." (Riwayat Muslim).
Kalimah 'man'' atau barangsiapa pada permulaan hadis ini adalah lafaz umum yang ditujukan kepada setiap individu. Didalam kitab Dalilul Falihin disebutkan: Kewajipan berdakwah dibebankan ke atas semua mukallaf yang mampu daripada kalangan muslimin. Secara dasarnya, tanggungjawab ini ditujukan kepada ummah keseluruhannya. Jika ramai yang melihat suatu kemungkaran, hukum mencegahnya adalah fardhu kifayah. Jika tidak, hukumnya adalah fardhu ain.
Dr. Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya Usul Ad-Dakwah menyatakan: Hukum berdakwah pada jalan Allah adalah wajib ke atas setiap muslim dan muslimah. kadangkala ia dilakukan secara perseorangan dan kadangkala dilaksanakan oleh organisasi tertentu.
Sebaik-baiknya, aktiviti dakwah hendaklah dilaksanakan dalam bentuk jamaah atau berorganisasi supaya lebih tersusun dan berkesan.
.
Firman Allah AWT: " Dan hendaklah kamu saling tolong menolong dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu saling tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan." (Al-Maidah: 2).
Iktibar yang paling penting di dalam ayat ini adalah semua aktiviti "kebaikan dan taqwa" mestilah dilakukan secara tolong menolong. Tolong menolong biasanya melibatkan ramai orang dan aktiviti yang melibatkan ramai orang memerlukan sistem yang mantap dan sistem yang mantap hanya dapat diwujudkan melalui organisasi yang bersistem. Justeru Dr. Abdul Karim Zaidan merumuskan dalam kitabnya, Usul Ad-Dakwah : Ayat ini adalah dalil berhubung dengan kewajipan mewujudkan organisasi atau jamaah. Malah wajib dilaksanakan dakwah melalui organisasi apabila hasil tidak tercapai melainkan dengannya. Salah satu kaedah usul feqh menyebut: Suatu perkara yang tidak sempurna perkara yang wajib kecuali dengannya (dengan melaksanakan perkara tersebut), maka perkara itu juga adalah wajib.
Firman Allah SWT: " Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di atas jalan-Nya berjuang di dalam satu saff (barisan), seolah-olah mereka itu sebuah binaan yang amat kukuh." (As-Soff: 4).
As Syahid Syed Qutub dalam kitabnya, Fi Zilalil Qur'an menyebutkan: Yang dituntut bukanlah semata-mata berjuang tetapi berjuang di atas landasannya dan berjuang dalam saff bersama-sama dengan jemaah Islam.
.
Sabda Rasulullah s.a.w: " Akan wujud penyeru-penyeru di pintu neraka jahannam. Barangsiapa menyambut seruan mereka, dia akan dilemparkan ke dalam neraka." Huzaifah bertanya: Apakah yang patut aku lakukan jika aku berdepan dengan suasana itu?. Jawab Rasulullah: " Berpeganglah dengan jamaah Islam dan pemimpin mereka". Hadis ini jelas menceritakan mehnah dan suasana akhir zaman dan kepentingan beriltizam dengan organisasi atau jamaah Islam.
Berhubung hadis di atas, Sheikh Said Hawa didalam kitabnya, Madkhal Ila Dakwah al-Ikhwan al-Muslimin berkata: Zaman kita kini adalah zaman lahirnya penyeru-penyeru di pintu neraka. Hadis ini menuntut kita beriltizam dengan jemaah Islam adn pimpinannya.
Nah! apakah ada lagi keraguan bahawa tanggungjawab dakwah ini mestilah dilaksanakan bersama-sama organisasi atau jemaah Islam. Kita bukanlah seperti Altromen atau Batman yang boleh bersendiri dalam menjalankan misi menyelamatkan manusia. Kita adalah khalifah yang diutuskan Allah untuk mentadbir urusan atas muka bumi ini. Dan tanggungjawab ini adalah tanggungjawab kita semua.Ada individu yang memberikan alasan berdakwah dalam organisasi atau jamaah menyekat kebebasan mereka. Membina keterbatasan peluang ruang. Terikat dengan manhaj dan taklifan. Maka mengambil jalan mudah bersendiri dan meninggalkan organisasi. Saya boleh katakan pandangan ini 100% silap. Dakwah rasulullah s.a.w menyaksikan bahawa baginda tidak bersendiri. Bahkan baginda menyeru ke arah kesatuan dan konsep amal berjemaah. Misi dakwah baginda berjaya dan telah berkembang ke seluruh pelosok dunia. Menyelamatkan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Percayalah! bahawa kambing yang bersendirian itu lebih mudah diterkam oleh serigala berbanding yang berada didalam kumpulannya.
Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal! =)
Monday, May 18, 2009
Nantikan: Ketika Cinta Bertasbih
Semua itu ia rangkumkan dalam filem terbarunya, KETIKA CINTA BERTASBIH. Dalam film ini, Chaerul seakan-akan mengajak penonton menyelami dunia seorang mahasiswa Indonesia yang sedang menuntut ilmu di Mesir. Kebimbangan melanda diri Azzam, karena didalam ajaran Islam tidak mengenal istilah berpacaran atau bercinta (sebelum kahwin), yang ada hanyalah “ta’aruf”. Dan selama menuntut ilmu di Universiti Al-Azhar, Cairo, Azzam juga harus bekerja keras menyara ibu beserta adik-adiknya di kampung. Berhasilkah Azzam menemukan jodoh melalui jalan yang ditetapkan ajaran agamanya tersebut? Nantikan......
Saturday, May 16, 2009
Selamat Hari Guru!
Sabda Rasulullah s.a.w: " Apabila mati seorang anak Adam itu, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu: 1) Sedekah jariah. 2) Ilmu yang bermanfaat. 3) Doa anak yang soleh." (H.R Muslim).
Dan Sabda Baginda lagi: " Sebaik-baik dikalangan kamu ialah orang yang mempelajari al-Qur'an dan mengajarkannya."
Jelas betapa besarnya sumbangan dan pengorbanan seorang guru mengasuh dan mendidik anak bangsa. Insan mulia ini mengasuh kita agar menjadi insan berguna di dunia dan akhirat. Tanpa guru Islam tidak mungkin sampai dengan sempurna kepada kita. Rasulullah sendiri merupakan model guru yang paling agung buat umat manusia. Mengajarkan kepada kita risalah tuhan dan menjadi rahmat kepada seluruh alam. Selawat dan salam buat Rasul junjungan. Salam cinta dan rinduku buat guru-guru. Selamat Hari Guru! (16 Mei 2009)
Thursday, May 14, 2009
Bangunlah Wahai Da'ie!
..
Kalam - Sheikh Ali Mahfuz Rahimahullah
Wednesday, May 13, 2009
Malng Teramat Malang!
.
.
.
"Wahai saudaraku! kau pandai berbahasa inggeris? Bantu aku... orang ini mahu tahu sesuatu tentang agama kita." Panggilannya tidak disahut. Mungkin rakannya menggeleng kepala.Sekelilingnya kelompok2 pelajar sedang mengulangkaji pelajaran. Sebahagian besarnya adalah pelajar wafidin dari Malaysia dan Indonesia. Maklumlah... hari peperiksaan, semestinya ramai. Malangnya panggilan itu juga tidak disahut. Sehingga dia mengulang 3 kali.
.
"Sesiapa di sini boleh berbahasa inggeris??" Suaranya dikeraskan.
.
.
.
Bekas Mufti Johor; Sahibus Samahah Noh B. Gadot pernah berpesan kepada kami ketika kedatangannya ke Mesir bersama rombongan Majlis Agama Islam Johor tahun lepas.
" Saya tidak redha kamu semua pulang ke Malaysia selagi kamu belum mahir berbahasa arab dan bahasa inggeris. Saya sudah melaluinya dan saya tidak mahu ia berlaku kepada kamu. "
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tanggungjawab Dakwah
.
.
.
Ayuh sahabat2 para du'at. Kita gembleng tenaga dan keilmuan kita demi memastikan keindahan dan kesyumulan Islam itu sampai kedalam diri manusia. La takhaf wala tahzan innallaha ma'ana.
.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuesday, May 12, 2009
Mesti Tonton: Sang Murobbi & Laskar Pelangi
Trailer Movie: Sang Murobbi. (K.H Rahmat Abdullah)

Antara Dialog yang menyentuh jiwa:
Kal : Sekolah apa ini, tak ada guru-guru dan murid-murid.Lintang : Kal, ayah aku ada empat orang anak. Tiga perempuan, seorang lelaki. Harusnya aku diajak jadi nelayan. Dan bisa dapat ikan lebih banyak. Tapi, aku dihantar ke sini. (SD Muhammadiyah). Dia ingin aku mengejar cita-cita di sini. Kita semua harus punyai cita-cita. Dan di sekolah inilah perjalanan itu kita mulai. Kita harus terus sekolah.
Semua Jadi Satu
.
| TARIKH | HARI | SUBJEK |
| 13 MEI 2009 | RABU | SYAFAWI: 1. FEQH SYAFI’E 2. USUL FEQH 3. FEQH MUQARAN |
| 20 MEI 2009 | RABU | USUL FEQH |
| 23 MEI 2009 | SABTU | FEQH MUQARAN |
| 27 MEI 2009 | RABU | BAHAS FEQH |
| 31 MEI 2009 | AHAD | FEQH SYAFI’E |
.
.
Monday, May 11, 2009
Alhamdulillah...
.Mohamad Nizar Menteri Besar Yang Sah
Pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan bahawa beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas, juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak berhak untuk memegang jawatan tersebut.
Abdul Aziz, dalam penghakimannya berkata seorang menteri besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.
Pemecatan menteri besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.
Hakim berkata walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak melantik menteri besar, bagaimanapun seseorang menteri besar, sebaik dilantik, hanya bertanggungjawab kepada ADUN dan tidak kepada pihak-pihak lain, lapor agensi berita itu lagi.
"Peguam negara berhujah bahawa menteri besar hanya boleh memohon bagi pembubaran apabila tempoh penggal dewan telah hampir tamat, iaitu di bawah Perkara 36(2) dan satu lagi apabila beliau berhenti mendapat kuasa daripada majoriti.
"Saya tidak bersetuju dengan perkara ini. Mengikut Perkara 36 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, tiada keadaan yang terhad bagi menteri besar untuk memohon pembubaran daripada sultan, dan terserah kepada menteri besar untuk memilih masanya (untuk memohon bagi pembubaran)," kata Abdul Aziz seperti dilaporkan.
Hakim juga tidak bersetuju dengan hujahan peguam negara dan Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai menteri besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian.
"Peguam negara dan responden berhujah bahawa perkataan 'akan meletak jawatan' dalam Perkara 16(6) berupa mandatori bahawa menteri besar mesti meletak jawatan.
"Bagaimana jika menteri besar enggan meletakkan jawatan? Walaupun ia mandatori, peruntukan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa menteri besar dianggap telah meletakkan jawatan," kata Abdul Aziz, yang mencadangkan perkara itu dipinda bagi mengatasi kelemahan dalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Mengenai isu afidavit penasihat undang-undang Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Abdul Aziz memutuskan beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil.
"Ia merupakan pengakuannya sendiri bahawa beliau telah diarahkan oleh peguam responden untuk mengikrarkan afidavit itu. Perkataan yang digunakan amat keras.
"Bagi saya beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil, keterangannya diwarnai dengan arahan yang diterimanya," kata Abdul Aziz yang memilih versi Nizar mengenai apa yang berlaku semasa menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pada 4 Feb.
Hakim berkata beliau percaya dengan keterangan Nizar yang beliau tidak memohon perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan DUN kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti.
"Keadaan pada 4 Feb ialah Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan.
"Keterangan pemohon bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau telah memohon perkenan bagi membubarkan dewan mengikut Perkara 36(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak adalah disebabkan wujud kebuntuan dalam dewan (apabila Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi), tetapi menafikan beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota dewan," katanya.
Krisis politik Perak bermula apabila dua ADUN PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) meletakan jawatan masing-masing pada 30 Jan diikuti Hee Yit Foong (Jelapang) dari DAP, empat hari kemudian.
Berikutan itu, Nizar telah menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb untuk memohon bagi pembubaran DUN tetapi permohonan itu ditolak.
Sumber : Malaysiakini
Sunday, May 10, 2009
:: Selamat Hari Ibu ::
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan
ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku
Untukmu Ibu
Wednesday, May 06, 2009
Corat Coret
Setelah sekian lama sesawang ini dibiarkan sepi. Akhirnya tercoret sedikit kalam sebagai pengisi.
Sekapur Sirih Ros
Selaut syukur dan pujian dipanjatkan kehadrat Allah SWT atas segala nikmat kurniaan-Nya. Nikmat islam dan iman yang masih utuh dalam diri. Nikmat kehidupan dunia yang tidak terhitung banyaknya. Berbanding ekspresi syukur yang boleh dihitung kira. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga, dan sahabat-sahabat baginda yang mulia.
Alhamdulillah. 4 tahun aku berkelana di bumi orang. Bumi Al-Azhar, bumi Kinanah, bumi anbiya'i wal fara'inah. Bumi Tanah tumpahnya darah para anbiya' 'alaihimussalam, para aulia' dan solihin. Kiblat ilmu kepada pencinta-pencinta ilmu Allah SWT. Melahirkan para ulama' muktabar, para mujtahidin dan mujahidin, menjadi sang murabbi dan qudwah kepada umat manusia. Bermujahadah dalam memastikan Islam diletakkan ditempat yang tertinggi. Disini jugalah terakamnya peristiwa hitam, kederhakaan Fir'aun laknatullahi 'alaih yang menjadi ajen penyesatan terhadap umat suatu ketika. Mendustakan risalah kenabian dan tauhid. Ya! Di bumi inilah aku berpijak selama sekian lama. Duduk mencari birai2 mutiara.
Setengah dekad ini mematangkan aku. Bergaul dengan ilmuan, para otai yang berilmu dan berpengalaman. Berintima' dengan persatuan. Balajar pentadbiran. Belajar kemahiran. Bermasyarakat dengan berbagai bangsa. Berkomunikasi dengan manusia. Terasa cepat masa itu berlalu. Meskipun begitu terlalu kerdil aku dihitung dengan waktu. Teman2 sudah ke puncak gunung aku masih mendaki bukit. Segala puji bagi Allah yang masih memberi aku kekuatan untuk terus berdiri. Memberi maksud tujuanku masih lagi belum lestari.
Intima'
Hampir 3 tahun aku berada dalam dunia kepimpinan. Memimpin sekelompok kecil masyarakat mahasiswa Islam diperantauan. Harungi suka duka jerih payah. Demi satu wadah dan perjuangan. Ya! demi wadah dan perjuangan. Bukanlah aku yang terbaik dikalangan kamu. Tetapi amanah qiadah ini perlukan kesinambungan dan berterusan. Demi memastikan dasar: Al-Qur'an dan sunnah dapat dilaksanakan.
Berkata Saidina Abu Bakar As-Siddiq setelah dilantik menjadi Khalifah yang pertama: "Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah dipilih menjadi ketua kamu dan bukanlah aku orang yang paling baik di kalangan kamu, jika aku baik maka bantulah aku, jika aku tersilap maka perbetulkanlah aku". Begitu juga dengan ucapan Saidina Omar bin al-Khattab, Khalifah yang kedua: "Siapa yang melihat berlakunya kepadaku penyelewengan maka perbetulkanlah aku."
Firman Allah SWT:

"Tidaklah sama antara mukmin yang duduk [ Qaai'dun ] (yang tidak ikut berjuang) tanpa mempunyai ke'uzuran dengan orang-orang yang berjihad [ mujaahidun ] di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk [ qaai'dun ] satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar ".
Sahabat2 yang aku kasihi,
Kepimpinan ini adalah amanah. Bahkan akan dipersoal oleh Allah di akhirat kelak. Bukanlah sengaja aku pikulkan di pundakku. Tiada hadaf maddiyyah atau kepentingan peribadi. Hanya kesedaran dari dalam diri. Itupun ini masih ada yang meragui?
Nyatanya kita semua adalah khalifah. Kau dan aku adalah khalifah. Telah Allah rakamkan watikah itu dalam muhkami tanzil-Nya: "Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya aku akan jadikan di muka bumi seorang khalifah". Mentadbir alam dengan akta rabbaniyyah yang disampaikan melalui junjungan mulia Muhammad SAW.
Malanglah kalau kamu tidak bersama aku. Bersama membentuk khilafah yang terasnya taqwa kepada Allah. Menjadi mata rantai yang menentukan jatuh bangun perjuangan li i'laai kalimatillah. Hei… kita bukan awalan atau akhiran lah. Apa kau tunggu lagi? Bertatihlah! kelak kau berlari. Jangan kau tersungkur sebelum berdiri.
Hehe… Bermadah aku harini. Biasalah sudah lama menyepi diri. Pedulilah ape korang nak kata. Janji aku happy.
Tahun ini terasa ujian dan cabaran bagai bah melanda. Jauh aku terpukul dek kerenah manusiawi. Tidak! Itu mehnah.
Mungkin juga kaffarah buat diri. Yang pasti ujian ini membekas dan mematangkan. Sahabat… kau bantu.aku ya! Tanpamu aku tiada erti. Cheewah!… bermadah lagi.
Memang terasa berat beban ini kalau dipikul sendiri. Aku tidak sendiri. Aku kuat kerana aku bekerja dalam satu jamaah. Ya! Kerna jamaah. Kau dan aku satu jamaah. Aku imam dan kau makmum. Atau kau imam dan aku makmum. Tidak begitu? Kita satu!
Sahabat… Anggaplah persatuan ini satu wadah, satu daulah, satu mini khilafah islamiyyah. Bahkan lebih kecil. Yang perlu untuk sama-sama kita tadbir dan berikan intima'. Agar akhirnya kita keluar dengan bekalan menuju ke medan sebenar perjuangan. Yang pastinya menjanjikan 1001 mehnah dan cabaran. Disinilah medan tarbiah kita.
Doa buat ibu
Ibu saat ini menanti kepulangan aku. Melepaskan beban rindu tatkala membisikkan sendu dan tawa. Merentasi setelit dua benua. Hanya bait2 ini mampu aku nukilkan untuk melagukan gelora dijiwa…
Disaat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecik kehilangan
kau insan penyayang
betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuat ku terlena
…Kalaulah ada bas tambang dari cairo ke JB. Ya Rabbi… hanya kau sahaja mengerti.
Berita ibu sakit menyakitkan. Tatkala disibukkan dengan taklifan. Tatkala hampir dengan imtihan. Bagaimana harus aku hadapi. Hanya mampu aku menadah tangan Mudah-mudahan Allah SWT sihatkan tubuh badannya dan panjangkan usianya. Agar mudah dia tunaikan ibadah dan kewajipan. Kepada Allah sahajalah tempat aku bermohon dan kepada-Nya lah aku berserah diri. Firman Allah SWT: "…Berdoalah kepada-Ku nescaya akan Aku perkenankan bagimu." (Al-Mukmin: 60). Amin
Kahwin
Firman Allah SWT: "…dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan bagimu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan diantara kamu perasaan kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (Ar-Rum: 21).
Aku kahwin? Jangan salah mengerti. Tajuk ini ditujukan khas buat kembarku yang dirindui. Dah gatal nak kahwin yer? Almaklumlah dah ada yang mencuri hati. Baguslah!.lestarikan fitrah insani melalui jalan yang syar'ie. Moga Allah permudahkan segala urusanmu dan jauhi dirimu dari kesulitan. Moga2 mahligai yang bakal dibina terpelihara dibawah naungan rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Melahirkan generasi yang bakal menjadi tonggak perjuangan kearah memartabatkan Agama Allah SWT kelak. InsyaAllah.
Tinggallah nanti adindamu ini sendiri bila kau sudah berteman sejati. InsyaAllah aku berjumpa jua suatu ketika. Nantikan ya.
Sekian sahajalah coretan kali ini. Moga yang sedikit ini memberi manfaat buat semua. Doakan aku dan semua sahabat2 kita yang menuntut di bumi Mesir ya! Agar mudah menghadapi imtihan, dikurniakan Allah kejayaan dan kecemerlangan. Moga2 usaha dan tawakkal kami ini berbuahkan segugus manisan. Amin.




